Saturday, 14 April 2012


MOTIF

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalamdua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awn larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan haiwan. Selain itu, terdapat juga Motif lain iaitu:
Ø      Motif Ayam
Ø      Motif Bunga Buluh
Ø      Motif Bunga Kerak Nasi
Ø      Motif Bunga Kotak Brecampur
Ø      Motif Bunga Orkid
Ø     Motif Bunga Raya
Ø     Motif Daun Sireh
Ø     Motif Geometrik
Ø    Motif Pucuk Rebung
Ø    Motif Rama-rama
Ø    Motif Siput



 CARA BATIK DIHASILKAN

Batik dihasil melalui dua cara utama iaitu:
 1. Menerusi blok tangan iaitu corak tertentu diletakkan pada blok dan corak batik cicetak keatas kain turut    dikenali sebagai printed batik atau batik cetak
2. Menerusi melukis corak batik di atas kain atau kata lain digelar ‘canting’. Cara ini unik untuk setiap jenis kain dan prosesnya agak memakan masa serta harganya yang mahal. Dahulu sebagai pakaian tradisional tetapi sekarang selepas revolusi yang dijalankan batik menjadi elemen penting dalam reka bentuk dan reka hiasan fesyen terkini.


KEPENTINGAN INDUSTRI BATIK

1.        1.   Sumber pendapatan sesebuah negara
        -lakaran batik yang indah boleh dikomersialkan dan meningkatkan pendapatan sesebuah negara melalui  cukai
       2. Peluang pekerjaan
       -mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri batik dan. Pendapatan yang di peroleh mampu meningkatkan taraf hidup daripada pelbagai sumber dalam industri batik.
        3. Memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan
        -kajian dibuat untuk mempelbagaikan produk batik di samping menghasilkan corak baru yang bermutu.  Memperkembangkan bakat semulajadi di samping mewujudkan institusi formal yang menawarkan kemahiran seni batik
1.       4.   Mengekalkan warisan kraftangan Malaysia dan Indonesia
      -kemahiran pemprosesan batik perlu di perturukan kepada generasi muda. Mengekalkan corak batik        yang bertemakan  budaya setempat.
2.       5.  Memperkenalkan indentiti sesebuah negara
 -melambangkan imej sesebuah negara yang berunsurkan alam semulajadi seperti motif pucuk rebung yang  berunsurkan tradisional yang dipelbag
   

CABARAN

1.    1.   Persaingan
–negara-negara jiran Malaysia dan Indonesia seperti Thailand, Filipina juga menghasilkan batik. Wujud persaingan pasaran dan harga daripada industri tekstil yang lebih murah.
2.    2.   Kekurangan modal
–sukar untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan kerana dianggap produk pelaburan berisiko, kurang menguntungkan dan pulangan lambat.
3.    3. Sikap sesetengah pengguna
–batik bukan sahaja menjadi pilihan utama kerana menganggap produk tempatan tidak berkualiti dan mengutamakan produk lain yang berjenama.
4.       4. Tenaga buruh
–tenaga buruh kurang mahir yang terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Golongan tua mewarisi bakat semakin ramai yang meninggal dunia sedangkan golongan muda tidak berminat mewarisinya. Tenaga kerja sukar dicari kerana kebanyakan mereka menerima upah yang rendah.
3.      5.  Teknologi
–industri batik menggunakan teknologi yang kurang canggih. Masih menggunakan peralatan tradisional dan produktiviti berkurangan.


USAHA MEMPERTINGKATKAN INDUSTRI BATIK

1.     1.  Semua pihak di Malaysia mahupun Indonesia yang terlibat perlulah bekerja keras untuk mempromosikan batik agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pengguna.
2.      2.  Latihan kemahiran tenaga kerja perlu dilaksanakan dengan matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri batik.
3.      3.  Menyediakan teknologi moden dan canggih seperti penggunaan mesim da bantuan komputer untuk menghasilkan batik yang lebih menarik dan berkualiti.
4.       4. Para pengusaha batik tempatan di Malaysia atau Indonesia juga perlu lebih kreatif dalam menghasilkan batik yang lebih bermutu dan mampu bersaing dengan negara-negara lain.

No comments:

Post a Comment